TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN

PROGRAM TRIPLE PLUS

(PENABUNGAN. PERLINDUNGAN. PENDAPATAN TAMBAHAN)

 

  1. Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas;
  2. Program ini adalah PERCUMA dan tempat adalah TERHAD;
  3. Bagi peserta yang terpilih, lokasi program akan dimaklumkan melalui email 3 hari sebelum tarikh program ;
  4. Peserta dibenarkan memohon bagi lokasi yang telah penuh. Nama akan diletakkan dalam senarai menunggu ‘waiting list’ dan akan dimaklumkan melalui emel 3 hari sebelum tarikh program sekiranya terdapat kekosongan ;
  5. Peserta yang tidak menerima email makluman lokasi daripada PTPTN dianggap permohonan tidak berjaya ;
  6. Peserta boleh memohon untuk dua (2) lokasi bagaimanapun peserta hanya akan dipilih untuk menyertai bagi satu (1) lokasi sahaja;
  7. Peserta yang tidak dapat hadir ke lokasi yang telah dipilih dan ingin membuat pindaan tempat, perlu memaklumkan kepada pihak urusetia 3 hari sebelum tarikh program diadakan; dan
  8. Peserta yang tidak memaklumkan ketidak hadiran, akan dianggap hadir dan tidak boleh memohon di mana-mana lokasi yang lain
Saya telah memahami dan bersetuju dengan terma & syarat seperti diatas